Nilai Pekerja Sosial
Penerimaan tanpa syarat
- Iaitu
merujuk kepada cara layanan dan rawatan pekerja sosial terhadap klien mereka.
Dalam kes ini, pekerja sosial haruslah melaksanakan kedua-dua konsep tadi
berteraskan aspek kemanusiaan dalam melakukan sesuatu pertimbangn. Susila
merupakan individu yang lumpuh dari pinggan ke bawah bahagian badan dan
merupakan ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak yang berusia antara 6 dan 9
tahun. Rentetan itu, sebagai pekerja sosial kepada seseorang yang bermasalah
dari segi fizikal dan mental, tahap kesabaran yang baik adalah dituntut dalam
menerima, mendengar serta mengamati segala masalah yang diluahkan klien.
Memperkasakan
klien
- Menyatakan
bahawa klien memiliki suatu set peribadi yang unik dan suatu yang dimiliki
setiap pekerja sosial dan klien adalah berbeza sama sekali. Dalam kes berkenaan
Susila ini, perbezaan fizikal dan keupayaan adalah sesuatu yang unik. Hal ini
mendorong pekerja sosial agar lebih menghargai nilai kualiti yang unik pada
setiap diri klien. Layanan yang wajar harus diberikan dan sejajar dengan
nilai-nilai kemanusiaan itu. Sikap sebagai seorang yang prejudis dan
diskriminasi wajar diketepikan dalam erti kata layanan adalah sama rata iaitu
tidak melabelkan serta mewujudkan stereotaip terhadap klien tadi.
Masalah
dan perasaan klien
- Prinsip
yang merujuk kepada luahan perasaan dan masalah yang dihadapi oleh klien. Dua
konsep yang perlu diteliti dan difahami dalam prinsip ini adalah emosi dan
pengalaman di mana Susila mengalami pelbagai perasaan yang hadir melalui
pengalaman di mana beliau telah kemalangan yang mengakibatkan lumpuh dari
bahagian pinggang hingga ke bawah badan. Tambahan pula, beliau merupakan ibu
tunggal yang mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah rendah. Oleh itu,
pekerja sosial perlu meminta klien meluahkan perasaan mereka dengan rela hati
iaitu tanpa paksaan, desakan mahupun ancaman. Hal ini secara tidak langsung
akan memudahkan pekerja sosial bersama klien menyelesaikan masalah yang
dihadapi dengan cara seperti berkongsi fakta, pengalaman dan perasaan.
Kesannya, tekanan yang dihadapi oleh Susila akan berkurangan di samping dapat
melahirkan tindakan atau inisiatif yang positif dalam menyelesaikan masalah
yang menyelubungi diri beliau.
Tidak
harus mengamalkan diskriminasi
- Bermaksud
sikap tidak mengadili. Ini adalah asas hubungan profesion yang efektif. Dalam
hal ini, pekerja sosial perlu diterapkan dan diaplikasikan dengan sikap tidak
mengadili di mana pekerja sosial tidak akan menentukan seseorang itu baik atau
buruk, wajar atau tidak wajar sesuatu tindakan atau seumpamanya. Dalam kes
Susila, pekerja sosial tidak harus mendiskriminasi Susila yang merupakan
seorang yang istimewa. Beliau harus diadili dengan adil dan saksama tanpa
mengira kecacatan fizikal yang dialami oleh Susila. Maka, pekerja sosial
haruslah menilai melalui sudut positif akan perbezaan yang wujud terhadap
Susila agar matlamat dalam melaksanakan tugas pekerja sosial dapat dicapai.
Perkara yang lebih penting, pekerja sosial perlu tanamkan sikap menghargai
perbezaan tersebut, dengan erti kata lain, pekerja sosial tidak seharusnya
bersikap prejudis terhadap individu berdasarkan perbezaan.
Berusaha
pertingkatkan abiliti atau kemampuan klien
- Berkaitan
dengan konsep mencipta kemampuan dalam diri seseorang. Dalam hal ini, Susila
perlu dipandu ke arah hidup yang dapat meningkatkan abiliti atau kemampuan diri
agar segala masalah dapat diatasi dengan baik, dalam erti kata lain pekerja
sosial secara rasionalnya menyuntik motivasi kepada Susila dengan mewujudkan
keyakinan kepada beliau seterusnya menyedarkannya bahawa beliau masih mempunyai
harapan dan peluang untuk berjaya serta meningkatkan kualiti hidup dalam
kehidupan yang mendatang.
Komitmen
yang tinggi terhadap keadilan dan kesejahteraan ekonomi semua ahli masyarakat.
- Dalam
konteks ini, pekerja sosial mungkin atau terpaksa melanggar nilai hubungan
kerahsiaan semata-mata untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat
yang lain. Dalam hal ini, seorang pekerja sosial mungkin akan berhadapan dengan
keputusan Susila yang boleh menjejaskan individu yang lain seperti keluarga
beliau sendiri. Dalam pada itu, keadaan ini memerlukan pihak ketiga dalam
membuat sebarang keputusan. Justeru, peranan utama dalam nilai ini adalah
pekerja sosial mesti berusaha mempertingkatkan kesejahteraan masyarakat.
Sekiranya berhadapan dengan keputusan Susila yang menjejaskan individu yang
lain, pekerja sosial perlu pertimbangkan kesehjahteraan individu yang lain.
Keseluruhannya, mungkin kita perlu mengambil keputusan yang melibatkan pihak
kedua, dan tidak melanggar hubungan kerahsiaan.
Berkongsi
dan memberi pengetahuan serta
kemahiran
- Dalam
hal ini, pekerja sosial haruslah berkongsi pengetahuan dengan Susila dalam apa
jua aspek yang berkaitan. Hal ini mampu membantu Susila dalam menyelesaikan
masalah dan melicinkan tugas pekerja sosial. Nilai ini dapat dirumuskan bahawa
seorang pekerja sosial tidak seharusnya mempunyai sikap yang sukar untuk
berkongsi ilmu mahupun kemahiran yang dimiliki kerana ini secara automatiknya
mematikan peranan pekerja sosial itu sendiri seterusnya mengurangkan pemuang
untuk menyelesaikan masalah Susila.
No comments:
Post a Comment