Etika
dalam kerja sosial memainkan peranan yang penting dalam membantu pekerja sosial
menjalankan profesionnya dengan baik dan berkesan. Dubois dan Miley (1999)
menyatakan bahawa kod etika mempunyai beberapa fungsi bagi suatu profesion
termasuk memandu dalam membuat keputusan, menilai kemampuan, penyatuan tingkah
laku dan memberikan standard penilaian suatu profesion. Menurut Yelaja (1982),
kod etika memaparkan pengharapan yang harus dilakukan oleh profesional. Kod
etika dalam kerja sosial juga berkaitan dengan proses sosialisasi profesional
dan pendidikan dalam kalangan pekerja sosial (Adi Fahruddin, 1999). Tujuan dan
fungsi kod etika dalam kerja sosial adalah melindungi reputasi profesion dengan
cara memberikan panduan dan kriteria-kriteria yang dapat dilakukan dan dilaksanakan
dalam mengatur tingkahlaku pekerja sosial, meningkatkan kemampuan (competency) dan kesedaran serta
tanggungjawab pekerja sosial dalam melaksanakan praktis kerja sosial,
melindungi masyarakat dan praktis-praktis yang uncompentency, tidak profesional dan menyalahi etika kerja sosial. NASW
(1999) telah menyenaraikan standard kod etika yang berkaitan dengan aktiviti
profesional pekerja sosial agar dapat memberi panduan bagaimana pekerja sosial
harus berinteraksi dengan klien, rakan sekerja, agensi, profesion dan
masyarakat.
No comments:
Post a Comment