Tanggungjawab
etika kepada klien
- Tanggungjawab utama pekerja sosial ialah kesejahteraan klien dengan mengambil kira kepentingan pihak lain. Oleh itu, pekerja sosial akan melindungi hak Susila dalam perhubungan saling mempercayai, privasi, kerahsiaan, membuat keputusan dan penggunaan maklumat secara bertanggungjawab. Sebagai contoh, pekerja sosial harus menghormati hak peribadi Susila dan menjaga kerahsiaan meklumat yang diperoleh. Pekerja sosial boleh mengemukakan rahsia Susila kepada orang lain tanpa pengetahuan beliau sendiri apabila pertimbangan profesional mengharuskannya berbuat sedemikian. Pekerja sosial tidak boleh melakukan komitmen-komitmen yang bertentangan dengan kepentingan Susila serta harus menjelaskan risiko hak, kesempatan dan kewajipan dalam memberi perkhidmatan sosial. Pekerja sosial yang tidak mampu atau tidak mungkin dapat memberi perkhidmatan sosial terhadap Susila harus segera menarik diri dan menamatkan perkhidmatan dengan persetujuan Susila sendiri serta merujuk kes Susila kepada pekerja sosial lain yang dianggap mampu.
Tanggungjawab
etika terhadap rakan sekerja dan pihak lain
- Pekerja sosial haruslah memberi sepenuh penghargaan, hormat, adil serta percaya kepada rakan sekerja. Mereka harus saling bekerjasama untuk meningkatkan kepentingan profesional. Pekerja sosial harus menjaga kerahsiaan yang dikemukakan oleh rakan sekerja yang berkaitan dengan kes Susila dan transaksi profesional mereka. Keadilan yang praktikal harus dicipta dan dipelihara oleh pekerja sosial supaya dapat memudahkan rakan sekerja dalam melaksanakan etika dan kompentesi profesional. Pekerja sosial harus menghormati pandangan yang diutarakan oleh rakan sekerja berkenaan dengan kes Susila dan perlu menggunakan saluran yang tepat untuk memberi komen terhadap pandangan dan penemuan tersebut. Pekerja sosial tidak boleh mengambil klien rakan sekerja tanpa pengetahuan rakan sekerja tersebut dan jika pekerja sosial melayan klien kepada rakan sekerja, maka pekerja sosial tersebut perlu melayan klien itu seperti kliennya sendiri iaitu secara profesional.
Tanggungjawab
etika kepada profesion
- Pekerja sosial harus memelihara dan meningkatkan nilai-nilai etika pengetahuan dan misi profesion, meningkatkan integriti dan martabat profesion serta bertanggungjawab dan menggalakkan perbahasan tentang profesion. Pekerja sosial juga harus menggunakan saluran-saluran yang tepat dalam bertindak menghadapi perilaku yang tidak beretika dalam melaksanakan kes Susila ini yang dilakukan oleh anggota lain. Selain itu, pekerja sosial yang berjaya akan mempraktikkan semua ilmu yang diperolehi ke atas kes yang menimpa Susila tanpa menghiraukan cabaran yang akan diharungi oleh pekerja sosial. Kajian secara kritis akan berterusan dijalankan bagi memperkembangkan kesejahteraan sosial klien iaitu Susila dan juga individu-individu lain.
Tanggungjawab
etika kepada masyarakat
- Ia adalah bertujuan untuk menghindarkan masyarakat daripada mencaci dan menghina keadaan fizikal Susila. Pekerja sosial harus bertindak untuk mengembangkan pilihan dan kesempatan terhadap semua masyarakat terutama bagi individu-individu dan kelompok-kelompok yang tertindas seperti Susila serta berusaha mengadakan perubahan-perubahan kebajikan dan undang-undang bagi meningkatkan kebajikan dan keadilan sosial. Pekerja sosial perlulah berusaha mencipta keadaan yang mendorong kemunculan rasa hormat masyarakat terhadap semua bangsa dan budaya dalam keadaan fizikal yang sempurna atau sebaliknya agar individu yang kekurangan fizikal seperti Susila berasa dihargai dan tidak ditindas.
No comments:
Post a Comment