Thursday, 22 November 2012

Kata-kata daripada Ustaz Azhar

"Haa..baca jgn xbaca"
"Ermm..dah jumpa dah..hihi.."

"Huhu..terasalah plak.."

"Aminn..mudah-mudahan.." 
"Nikmatilah hidup selagi diberi peluang.."
"Alhamdulillah..terima dia seadanya.."

Pusat Jagaan Siti Noraini

Kenangan manis yang tak dapat dilupakan bersama-sama dengan warga emas dan mycoursemate..HIDUP SOCIAL WORK!!

Program Anak Yatim Suci Rohani

Siapa lagi yang boleh memberikan kasih sayang kepada kanak-kanak ini melainkan diri kita sendiri sebagai makhluk Tuhan yang diamanahkan untuk sentiasa mengasihi dan menyayangi sesama makhluknya..

Lihatlah wajah kanak-kanak yang kurang kasih sayang daripada kedua ibu bapa. Hargailah ibu bapa kita selagi mereka ada di dunia ini dan berbaktilah kepada mereka..

Betapa mereka menghargai kehadiran kami sebagai tetamu mereka..terharu sangat2..

Ketua Pengarah sedang memberi ucapan dan panduan bagi melakukan aktiviti yang telah dirancangkan..

Macam cikgu plak adik ni..Cita-cita adik ape ye..??

Inilah dia wajah-wajah yang bakal menjadi penyambung generasi yang akan datang.. peace yo!!


Nilai Pekerja Sosial

Penerimaan tanpa syarat 
  • Iaitu merujuk kepada cara layanan dan rawatan pekerja sosial terhadap klien mereka. Dalam kes ini, pekerja sosial haruslah melaksanakan kedua-dua konsep tadi berteraskan aspek kemanusiaan dalam melakukan sesuatu pertimbangn. Susila merupakan individu yang lumpuh dari pinggan ke bawah bahagian badan dan merupakan ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak yang berusia antara 6 dan 9 tahun. Rentetan itu, sebagai pekerja sosial kepada seseorang yang bermasalah dari segi fizikal dan mental, tahap kesabaran yang baik adalah dituntut dalam menerima, mendengar serta mengamati segala masalah yang diluahkan klien.
Memperkasakan klien 
  • Menyatakan bahawa klien memiliki suatu set peribadi yang unik dan suatu yang dimiliki setiap pekerja sosial dan klien adalah berbeza sama sekali. Dalam kes berkenaan Susila ini, perbezaan fizikal dan keupayaan adalah sesuatu yang unik. Hal ini mendorong pekerja sosial agar lebih menghargai nilai kualiti yang unik pada setiap diri klien. Layanan yang wajar harus diberikan dan sejajar dengan nilai-nilai kemanusiaan itu. Sikap sebagai seorang yang prejudis dan diskriminasi wajar diketepikan dalam erti kata layanan adalah sama rata iaitu tidak melabelkan serta mewujudkan stereotaip terhadap klien tadi. 
Masalah dan perasaan klien
  • Prinsip yang merujuk kepada luahan perasaan dan masalah yang dihadapi oleh klien. Dua konsep yang perlu diteliti dan difahami dalam prinsip ini adalah emosi dan pengalaman di mana Susila mengalami pelbagai perasaan yang hadir melalui pengalaman di mana beliau telah kemalangan yang mengakibatkan lumpuh dari bahagian pinggang hingga ke bawah badan. Tambahan pula, beliau merupakan ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah rendah. Oleh itu, pekerja sosial perlu meminta klien meluahkan perasaan mereka dengan rela hati iaitu tanpa paksaan, desakan mahupun ancaman. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan pekerja sosial bersama klien menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan cara seperti berkongsi fakta, pengalaman dan perasaan. Kesannya, tekanan yang dihadapi oleh Susila akan berkurangan di samping dapat melahirkan tindakan atau inisiatif yang positif dalam menyelesaikan masalah yang menyelubungi diri beliau. 
Tidak harus mengamalkan diskriminasi
  • Bermaksud sikap tidak mengadili. Ini adalah asas hubungan profesion yang efektif. Dalam hal ini, pekerja sosial perlu diterapkan dan diaplikasikan dengan sikap tidak mengadili di mana pekerja sosial tidak akan menentukan seseorang itu baik atau buruk, wajar atau tidak wajar sesuatu tindakan atau seumpamanya. Dalam kes Susila, pekerja sosial tidak harus mendiskriminasi Susila yang merupakan seorang yang istimewa. Beliau harus diadili dengan adil dan saksama tanpa mengira kecacatan fizikal yang dialami oleh Susila. Maka, pekerja sosial haruslah menilai melalui sudut positif akan perbezaan yang wujud terhadap Susila agar matlamat dalam melaksanakan tugas pekerja sosial dapat dicapai. Perkara yang lebih penting, pekerja sosial perlu tanamkan sikap menghargai perbezaan tersebut, dengan erti kata lain, pekerja sosial tidak seharusnya bersikap prejudis terhadap individu berdasarkan perbezaan.
Berusaha pertingkatkan abiliti atau kemampuan klien
  • Berkaitan dengan konsep mencipta kemampuan dalam diri seseorang. Dalam hal ini, Susila perlu dipandu ke arah hidup yang dapat meningkatkan abiliti atau kemampuan diri agar segala masalah dapat diatasi dengan baik, dalam erti kata lain pekerja sosial secara rasionalnya menyuntik motivasi kepada Susila dengan mewujudkan keyakinan kepada beliau seterusnya menyedarkannya bahawa beliau masih mempunyai harapan dan peluang untuk berjaya serta meningkatkan kualiti hidup dalam kehidupan yang mendatang.
 Komitmen yang tinggi terhadap keadilan dan kesejahteraan ekonomi semua ahli masyarakat.
  • Dalam konteks ini, pekerja sosial mungkin atau terpaksa melanggar nilai hubungan kerahsiaan semata-mata untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat yang lain. Dalam hal ini, seorang pekerja sosial mungkin akan berhadapan dengan keputusan Susila yang boleh menjejaskan individu yang lain seperti keluarga beliau sendiri. Dalam pada itu, keadaan ini memerlukan pihak ketiga dalam membuat sebarang keputusan. Justeru, peranan utama dalam nilai ini adalah pekerja sosial mesti berusaha mempertingkatkan kesejahteraan masyarakat. Sekiranya berhadapan dengan keputusan Susila yang menjejaskan individu yang lain, pekerja sosial perlu pertimbangkan kesehjahteraan individu yang lain. Keseluruhannya, mungkin kita perlu mengambil keputusan yang melibatkan pihak kedua, dan tidak melanggar hubungan kerahsiaan.
Berkongsi dan memberi pengetahuan serta kemahiran
  • Dalam hal ini, pekerja sosial haruslah berkongsi pengetahuan dengan Susila dalam apa jua aspek yang berkaitan. Hal ini mampu membantu Susila dalam menyelesaikan masalah dan melicinkan tugas pekerja sosial. Nilai ini dapat dirumuskan bahawa seorang pekerja sosial tidak seharusnya mempunyai sikap yang sukar untuk berkongsi ilmu mahupun kemahiran yang dimiliki kerana ini secara automatiknya mematikan peranan pekerja sosial itu sendiri seterusnya mengurangkan pemuang untuk menyelesaikan masalah Susila.

           

Kod Etika Pekerja Sosial



Tanggungjawab etika kepada klien
  • Tanggungjawab utama pekerja sosial ialah kesejahteraan klien dengan mengambil kira kepentingan pihak lain. Oleh itu, pekerja sosial akan melindungi hak Susila dalam perhubungan saling mempercayai, privasi, kerahsiaan, membuat keputusan dan penggunaan maklumat secara bertanggungjawab. Sebagai contoh, pekerja sosial harus menghormati hak peribadi Susila dan menjaga kerahsiaan meklumat yang diperoleh. Pekerja sosial boleh mengemukakan rahsia Susila kepada orang lain tanpa pengetahuan beliau sendiri apabila pertimbangan profesional mengharuskannya berbuat sedemikian. Pekerja sosial tidak boleh melakukan komitmen-komitmen yang bertentangan dengan kepentingan Susila serta harus menjelaskan risiko hak, kesempatan dan kewajipan dalam memberi perkhidmatan sosial. Pekerja sosial yang tidak mampu atau tidak mungkin dapat memberi perkhidmatan sosial terhadap Susila harus segera menarik diri dan menamatkan perkhidmatan dengan persetujuan Susila sendiri serta merujuk kes Susila kepada pekerja sosial lain yang dianggap mampu.

Tanggungjawab etika terhadap rakan sekerja dan pihak lain 
  • Pekerja sosial haruslah memberi sepenuh penghargaan, hormat, adil serta percaya kepada rakan sekerja. Mereka harus saling bekerjasama untuk meningkatkan kepentingan profesional. Pekerja sosial harus menjaga kerahsiaan yang dikemukakan oleh rakan sekerja yang berkaitan dengan kes Susila dan transaksi profesional mereka. Keadilan yang praktikal harus dicipta dan dipelihara oleh pekerja sosial supaya dapat memudahkan rakan sekerja dalam melaksanakan etika dan kompentesi profesional. Pekerja sosial harus menghormati pandangan yang diutarakan oleh rakan sekerja berkenaan dengan kes Susila dan perlu menggunakan saluran yang tepat untuk memberi komen terhadap pandangan dan penemuan tersebut. Pekerja sosial tidak boleh mengambil klien rakan sekerja tanpa pengetahuan rakan sekerja tersebut dan jika pekerja sosial melayan klien kepada rakan sekerja, maka pekerja sosial tersebut perlu melayan klien itu seperti kliennya sendiri iaitu secara profesional.

Tanggungjawab etika kepada profesion 
  • Pekerja sosial harus memelihara dan meningkatkan nilai-nilai etika pengetahuan dan misi profesion, meningkatkan integriti dan martabat profesion serta bertanggungjawab dan menggalakkan perbahasan tentang profesion. Pekerja sosial juga harus menggunakan saluran-saluran yang tepat dalam bertindak menghadapi perilaku yang tidak beretika dalam melaksanakan kes Susila ini yang dilakukan oleh anggota lain. Selain itu, pekerja sosial yang berjaya akan mempraktikkan semua ilmu yang diperolehi ke atas kes yang menimpa Susila tanpa menghiraukan cabaran yang akan diharungi oleh pekerja sosial. Kajian secara kritis akan berterusan dijalankan bagi memperkembangkan kesejahteraan sosial klien iaitu Susila dan juga individu-individu lain.

Tanggungjawab etika kepada masyarakat 
  • Ia adalah bertujuan untuk menghindarkan masyarakat daripada mencaci dan menghina keadaan fizikal Susila. Pekerja sosial harus bertindak untuk mengembangkan pilihan dan kesempatan terhadap semua masyarakat terutama bagi individu-individu dan kelompok-kelompok yang tertindas seperti Susila serta berusaha mengadakan perubahan-perubahan kebajikan dan undang-undang bagi meningkatkan kebajikan dan keadilan sosial. Pekerja sosial perlulah berusaha mencipta keadaan yang mendorong kemunculan rasa hormat masyarakat terhadap semua bangsa dan budaya dalam keadaan fizikal yang sempurna atau sebaliknya agar individu yang kekurangan fizikal seperti Susila berasa dihargai dan tidak ditindas.
           

Definisi Nilai



Sebagai pekerja sosial juga, kita haruslah mengetahui nilai-nilai yang menjadi pegangan setiap pekerja sosial. Nilai dapat didefinisikan seperti mana yang diutarakan oleh Pincus dan Minahan (1973) dalam Pincus, A. And Minahan, A. (1973), iaitu sebagai kepercayaan, keutamaan atau andaian tentang apa yang baik dan apa yang buruk untuk manusia. Nilai ini tidak boleh dicari atau diuji dengan penyiasatan saintifik, ia berdasarkan takdir. Dalam pada itu, menurut Muriel Pumphery (1959) dalam Johnson, C.L (1998), nilai boleh didefinisikan sebagai satu formula kepada tingkah laku yang betul yang perlu dipegang oleh individu atau kumpulan sosial. Secara umumnya, nilai profesion kerja sosial berkisar kepada kepercayaan membuat pilihan dan mengambil peluang-peluang yang ada. Nilai yang ditonjolkan juga berkait rapat dengan keinginan kepada keadaan kehidupan yang memperkukuhkan kebajikan individu, keperihatinan terhadap cara melayani manusia, hala tuju serta strategi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.



Definisi Etika



        Etika dalam kerja sosial memainkan peranan yang penting dalam membantu pekerja sosial menjalankan profesionnya dengan baik dan berkesan. Dubois dan Miley (1999) menyatakan bahawa kod etika mempunyai beberapa fungsi bagi suatu profesion termasuk memandu dalam membuat keputusan, menilai kemampuan, penyatuan tingkah laku dan memberikan standard penilaian suatu profesion. Menurut Yelaja (1982), kod etika memaparkan pengharapan yang harus dilakukan oleh profesional. Kod etika dalam kerja sosial juga berkaitan dengan proses sosialisasi profesional dan pendidikan dalam kalangan pekerja sosial (Adi Fahruddin, 1999). Tujuan dan fungsi kod etika dalam kerja sosial adalah melindungi reputasi profesion dengan cara memberikan panduan dan kriteria-kriteria yang dapat dilakukan dan dilaksanakan dalam mengatur tingkahlaku pekerja sosial, meningkatkan kemampuan (competency) dan kesedaran serta tanggungjawab pekerja sosial dalam melaksanakan praktis kerja sosial, melindungi masyarakat dan praktis-praktis yang uncompentency, tidak profesional dan menyalahi etika kerja sosial. NASW (1999) telah menyenaraikan standard kod etika yang berkaitan dengan aktiviti profesional pekerja sosial agar dapat memberi panduan bagaimana pekerja sosial harus berinteraksi dengan klien, rakan sekerja, agensi, profesion dan masyarakat.