Sebagai
pekerja sosial juga, kita haruslah mengetahui nilai-nilai yang menjadi pegangan
setiap pekerja sosial. Nilai dapat didefinisikan seperti mana yang diutarakan
oleh Pincus dan Minahan (1973) dalam Pincus, A. And Minahan, A. (1973), iaitu
sebagai kepercayaan, keutamaan atau andaian tentang apa yang baik dan apa yang
buruk untuk manusia. Nilai ini tidak boleh dicari atau diuji dengan penyiasatan
saintifik, ia berdasarkan takdir. Dalam pada itu, menurut Muriel Pumphery
(1959) dalam Johnson, C.L (1998), nilai boleh didefinisikan sebagai satu
formula kepada tingkah laku yang betul yang perlu dipegang oleh individu atau
kumpulan sosial. Secara umumnya, nilai profesion kerja sosial berkisar kepada
kepercayaan membuat pilihan dan mengambil peluang-peluang yang ada. Nilai yang
ditonjolkan juga berkait rapat dengan keinginan kepada keadaan kehidupan yang
memperkukuhkan kebajikan individu, keperihatinan terhadap cara melayani
manusia, hala tuju serta strategi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.